Feed icon

Produk Zhulian.

Wednesday 2 February 2011

Api Terminator

HC3041
RM

Bayangkan jika anda terjaga dari tidur, lalu terbau asap dan api yang mara di sekeliling anda...dan anda tidak dapat melakukan apa-apa kerana tiada apa yang dapat membantu memadamkan api tersebut atau memberi anda peluang untuk menyelamatkan diri. Demikianlah tragedi yang mungkin terjadi sekiranya kita gagal melengkapkan kediaman atau pejabat dengan perlindungan mudah pemadam api seperti Api Terminator. Api Terminator adalah pemadam api serbuk kering yang telah diuji oleh SIRIM dan terbukti dapat menangani tiga jenis kebakaran yang sering berlaku di kediaman, pejabat, dapur, kenderaan atau bengkel - bahan mudah terbakar seperti kayu, kertas, cecair petrol atau gris serta api daripada peralatan elektrik. Api Terminator mengeluarkan serbuk kimia halus "ABC 40" - perencat dan penumpas kebakaran yang amat berkesan dengan melapisi dan melitupi bahan atau cecair terbabit, serta memadamkan kebakaran tersebut bagi mencegahnya dari marak. Dengan adanya Api Terminator, anda atau orang yang disayangi mempunyai lebih banyak masa untuk melarikan diri dari bahaya. Api Terminator dikeluarkan dengan kapasiti pemadam api berkesan sebanyak 1000 g bagi menawarkan perlindungan keselamatan yang diperlukan anda sekeluarga. Jangan biarkan orang yang disayangi terdedah kepada bahaya, dapatkan Api Terminator sekarang!

0 comments:

Post a Comment

Please leave your comments...